Confessions of an Ex-homophobe
Comic Illustrations / Ilustrasi komik: Johnny Ong
What can I say? I was skeptical when I read the first story he ever wrote. But as time passed, I got to know him, and so grew out of my skepticism, just as he grew in understanding and appreciation of the issues faced by homosexuals and trans people. I was surprised that he wanted to participate in my digital storytelling workshop. But I thought to myself, “Why not?” He arrived specifically to tell this story, a story he had told by this time in all other possible ways. Yet, it is a story hardly heard.
These days, I would often ask him to speak at my awareness-raising sessions whenever I needed “a parent”. He has never failed me. I have only great respect for him, for being honest, in realising his mistakes, in his readiness to tell the world what he believes to be right, but more than that, I respect his courage. There is great faith in such courage, faith that sometimes escapes me.
Funnily enough, I gain a sense of pride when he stands tall, when he stands as an ally for the human rights of us lesbians, gays, bisexuals, and trans and queer people. I have tried to figure this out, why indeed should I feel such a sense of pride for something I am not responsible for? I am certainly not the reason why he is our ally. I soon realised that my pride comes from the fact that he is Malaysian, and that Malaysians like him of all shapes and sizes are willing to stand with us, and how can I not be proud of that?
Pengakuan Seorang Bekas "Homophobe"
Saya dibesarkan kuat dengan pegangan agama. Bila umur saya 20 tahun, saya menerima ijazah dalam pengajian teologi dari sebuah kolej kitab Injil di Australia.
Pendirian anti-homoseksual saya berdasarkan surah-surah anti-gay dan kebimbangan ayah saya yang anak-anak lelakinya akan jadi pondan. Masa kami kecil, ayah saya akan menengking abang dan saya, supaya “jangan ketawa mengekek macam budak perempuan!” dan “jangan menangis macam pondan!” Kitab Injil memainkan peranan terbesar di sini; menggambarkan seksa neraka dan tasik berapi yang penuh dengan si homoseksual dan penyumbaleweng lain. Saya pernah putus dengan seorang perempuan sebab dia mengaku pernah mencium perempuan lain masa kami berpacaran. Saya ingat itulah langkah seorang Kristian alim. Hari ini, saya sedar itu hanya perbuatan membesarkan diri macam saya itu sangat baik. Saya kesal, dan saya rasa lega kerana berjaya memohon maaf kepadanya setelah sudah bertahun berlalu. Saya menjauhkan diri dari orang gay dan lesbian, sampai tidak tahan langsung untuk berada di kalangan mereka. Saya geli melihat lelaki lembut dan perempuan keras. Sehingga tiba sebuah video yang mengubah segalanya. Masa itu, saya tolong menjaga rumah kawan saya, jadi saya pun menyelak koleksi videonya. Ada satu video dengan gambar seorang koboi selekah bertajuk, “Southern Comfort” (Keramahan Orang Selatan). Pada mulanya ia bermain, saya ingat video itu hanya satu cerita koboi gred-B. Rupa-rupanya ia adalah dokumentari hidup seorang transeksual perempuan-ke-lelaki bernama Robert Eads. Robert dilahirkan sebagai seorang perempuan, berkahwin seorang lelaki dan melahirkan dua orang anak, namun kemudiannya dia bercerai dan mula peralihan menjadi lelaki. Perjalanannya untuk menjadikan dirinya adalah perit, pedih dan mengelirukan, tetapi yang paling penting, mengharukan. Pedih saya tonton Robert bersusah payah bertukar dari perempuan ke lelaki. Pedih saya tonton dia dihalang dari menerima rawatan perubatan oleh para doctor. Dokumentari itu membuka minda saya dan menyedarkan saya bahawa transeksualiti itu semulajadi. Saya gembira saya boleh menerimanya sekarang. Video itu jugalah yang memberi saya kesedaran tentang homoseksualiti. Saya tak boleh bayangkan bagaimana kalau saya dilahirkan dengan zahir yang tidak padan dengan batin saya. Saya tak boleh bayangkan bersusah payah untuk mengikut norma masyarakat. Tapi saya bangga kerana telah sedar bahawa manusia sepatutnya dibenarkan menjadi diri mereka sendiri, dan bukan kerana diarah orang lain. Sekarang, kawan-kawan homoseksual dan transeksual saya sering terkejut akan sejarah homofobik saya. Kini saya dengan suka hati mengakui mereka tidak ada beza dengan saya. Saya teramat gembira kerana dapat berkawan dengan mereka. Homofobia masih belum lagi hapus dari dalam masyarakat, tetapi sekurang-kurangnya kurang satu bahlul homofobik: saya. P/S: Robert Eads meninggal dunia kerana kanser ovari ketika berumur 53 tahun dan beliau dihalang daripada menerima rawatan perubatan oleh begitu ramai doctor pengecut yang tidak mahu menjahanamkan perkhidmatan mereka. Bodoh. |
|