Just Like Daddy's One
Comic Illustrations / Ilustrasi komik: Johnny Ong
She is such an animated storyteller. I sat across her and found myself laughing often.
She has so many stories of her father. She has so many memorable experiences. I have often thought back to that first day I had met her, and we sat down over coffee, like most Malaysians do, and asked each other questions. I had not realised at the time, that her heartfelt moments would lend to my own pleasant memories, of knowing that there are people like her and her dad in Malaysia. |
Too often in Malaysia (possibly too in other countries), we hear stories of incest by biological fathers with their biological daughters, but hers is a story of love by a man who is everything a father should be to a child, any child. Those with fixed notions as to who qualifies to be a father would be surprised to hear her story. Some may even be shocked.
It took awhile to get her story produced as a digital story. I am glad she remained keen to do it, to share her story.
It took awhile to get her story produced as a digital story. I am glad she remained keen to do it, to share her story.
I would like to think that this story, her story, will make a difference. I would like to think that this story will help open people’s hearts to what it truly means to be family.
Macam Abah Punya
Pada satu hari dia dah jemu dengan kami semua, lepas tu dia pun talipon ayah saya, dan cakap, “Aku nak kau ambik anak-anak kau ni, sebab kalau kau tak, habis semua aku campak ke tepi jalan.”
Jadi ayah pun gaduh dengan bos dia, dan lepas tu ambil penerbangan pertama hari tu, ambil kami semua, dan kami pun akhir kata berpindah ke KL, mula sekolah di sini, mula hidup baru kami, dan ayah pula selalu diziarahi kawan baik dia, seorang lelaki, itu yang dipanggil ayah, tapi selepas beberapa bulan, um, kawan baik dia lagi kerap lagi lama dia duduk di tempat kami, dan tau tau, dia pun pindah sini. Masa tu saya tak lah faham sangat apa maksud semua itu. Tapi lama-lama, semakin saya, um, awak tahulah kan, membesar sikit, semakin terdedah kepada bermacam-macam perkara lain, saya pun mulalah memahami sikit, dan saya pun sedar dia tu bukan saja kawan baik ayah. Tak silap saya, masa tu saya sepuluh tahun. Ayah saya ni bukannya pandai pun memasak atau apa-apa je kat dalam dapur tu, jadi masa makan tu memang lawaklah selalunya. Saya ingat lagi hari-hari untuk sarapan, tak lain tak bukan, sandwich saja yang ayah buat, um, dua keping roti Gardenia tu dia potong empat untuk kami berempat, lepas tu, disapu dengan apa-apa saja yang dia boleh cari kat dapur tu, lepas tu habis semua dia campur, tau tak? Macam, macam, um, jem dengan peanut butter dan marjerin, itu semua dia sapu tebal dalam satu sandwich, sebab ikut logik dia, lagi berbeza rasanya, lagi sedaplah. Ayah ni pun bila dia buat teh, atau kalau ikut sayalah, air gula perisa teh sebenarnya, um, sebab ayah ni dia buat camni, dia isi satu teko dengan air panas lepas tu berbukit gula rasanya ayah bubuh dalam tu, lepas tu barulah nak masuk satu uncang teh je dalam tu, ha’ah, satu uncang untuk kita berempat, dan itulah, itulah yang kami minum. Ayah punyalah teruja, lepas tu panggil-panggil kami, “Mari, mari, jom makan sarapan!” Tapi kami, kami semua fikir itulah yang terhebat sebab siapa lagi yang buat semua itu, kalau bukan ayah? Iyelah, macam, apa-apa saja yang ayah buat untuk kami tu hebat. ….Ayah saya memang baik hati. Dia… bawak kami… membeli-belah alat permainan… Dan itu, itu bagi saya perkara yang paling bagus di dunia pada masa tu, sebab masa kami tinggal dengan… ayah kandung kami, saya panggil dia pakcik je lah, okay? Masa kami tinggal dengan pakcik tu, anak-anak dia ambil semua yang kami ada dan lepas tu rosakkannya. Kalau ada tetamu, kami disuruh duduk dalam satu bilik stor. Besarnya pun lebih kurang, ah, 2 kali 3 meter lebar dan panjang. Penuh pulak dengan makanan anjing berguni-guni. Kalaulah katakan tetamu datang pukul 8 pagi dan balik masa 12 tengah malam, selama itulah kami kena sembunyi dalam bilik stor tu. Dan anak-anaknya tak pernah jemu mengingatkan kami, yang, yang tempat itulah hak kami. Mereka, mereka akan, um, mereka akan bawak makanan masuk, dan kami pula akan bermain dengan apa yang kami ada jumpa. Selalunya, alah, mereka bagi pun benda rosak, macam plastisin lama, dan, dan kami pun kenalah kreatif supaya tak bosan, um, supaya boleh tahan sampai 14 jam terkurung di dalam bilik kecil gelap tu. Ye, jadi, um, jadi memanglah gembira bila ayah saya bawa kami membeli-belah alat permainan sebab kami boleh merasa… menjadi kanak-kanak semula. Dan, dan bila kami ke sekolah, setiap pagi dia akan bangun awal, dan turun ke bawah untuk membuat sarapan…. Saya ingat lagi, dalam beberapa ketika, saya akan turun bawah untuk menjenguk ayah, dan um, saya akan jumpa dia tidur di dalam dapur, dia akan tidur kat dapur tu, atas lantai, atas tikar yang ada, semasa air sedang masak dan benda-benda macam tu, sebab dia penat sangat, macam tulah, um, ye, boleh je dia tidur terus kat situ sebab menunggu air masak. Dan saya ingat masa ayah saya bagi saya gelang ni, dan dia pun kata, “Jangan kau lucutkannya.” Dan saya pun tanya dia, “kenapa?” Dan dia pun kata, “sebab, ayah nak kau ingat dari mana asal kau.” Benda tu benda etnik, gelang tangan etnik dari puak ibu saya. Ayah saya tak berapa mendapat sebarang pertolongan. Hanya dia seorang, dan ya, dan juga kawan baik dia. Bagi sayalah, saya suka adanya teman ayah ni, teman ataupun kawan baik. Dia tu betul-betul macam ibubapa kami yang lagi satu, macam tu. Walaupun kami bukan anak-anak darah dagingnya, saya ada terlalu banyak kenangan ayah saya menyayangi kami tanpa had, dan benar-benar mencuba. Saya rasa sungguh saya tak akan tahu, kalau tiada sesiapa yang memberitahu saya yang dia tu bukan ayah kandung saya, sungguh saya tak pernah pun sangka. Pernah sekali masa kat kolej, saya pergi menderma darah, dan bila balik masuk kereta, masa ayah datang jemput saya, saya pun beritahulah dia, “Ayah, hari ni saya derma darah untuk kali pertamanya!” Dan ayah pun, “Ye?” Dan saya pun, “Ye!” “Oh wow,” kata ayah dan lepas tu dia tanya, “jadi apa jenis darah kamu?” Dan saya pun kata, “um, tak pasti, kejap biar saya tengok.” Jadi saya pun tunjukkan kepada dia, dan, um, ye, bila saya tunjuk kat ayah, muka ayah berubah. Sebab ia seperti mengesahkan, ia mengesahkan kepada dia yang saya ni, um, saya ni bukan anak perempuan dia. Masa saya kecil, dia selalu bagi saya duduk atas riba dia, dan main-main dengan jari-jemari saya, dan dia selalu cakap benda macam, “ha, tengok ni, yang ni macam abah punya, yang kuku ni, yang ni, yang tu, macam abah punya, tengok yang tu, memang macam abah punya,” dan saya akan rasa sungguh gembira. Dan saya pun ikut, “macam abah punya”, saya akan ulangi berkali-kali dalam hati, “memang macam abah punya.” Ayah diam sikit bila saya tunjukkan dia buku pusat darah saya tu, kan, alah, buku dermaan darah saya tu, yang buku merah kecik tu? Tapi itu semua tak tukar apa-apa pun. Kamu akan tahu, kamu akan tahu bila ada yang menyayangi kamu. Saya memang sentiasa berasa selamat dengan ayah saya. |
|